Memaparkan catatan dengan label Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Life. Papar semua catatan

20101229

Tips Bila Mencari Kerja

Bila tengok blog archive, ya ampun! Bulan Disember satu post je, padahal dah nak akhir tahun. Tak boleh jadi ni.

Dan sebab itulah, saya di sini, menulis sekali lagi.

Sesibuk mana pun, saya tahu lepasan SPM semua dah habis sekolah. Bangga wuhuu wooow! Jadi, mungkin ada yang buntu, apa nak buat masa cuti menganggur selama berbulan-bulan ni. In order nak bantu adik-adik semua, apa kata kita teliti satu persatu aktiviti yang boleh dirancang. Ada yang merancang nak ambil lesen memandu. Bagus! Ada yang merancang nak sambung belajar terus. Baguuss!! Ada yang merancang nak pergi bekerja. Bagus jugak!

Kadang-kadang, bukan senang nak cari tempat kerja yang sesuai dengan kita. Ikut pengalaman, ada kawan saya, banyak kali tukar tempat kerja, sebab tak sesuai dengan kehendak dia. Jadi, bila cari kerja tu adik-adik, kena consider banyak perkara. Antaranya:

1) Tahu tugas sebenar. Ini penting supaya bila kita masuk kerja, takde kekeliruan tentang tugas sendiri. Masa temuduga tu, tanya betul-betul dengan pihak atasan tu, apa tugas yang perlu adik-adik buat masa bekerja nanti. Jangan pulak masa interview, tugas diberitahu kena layan pelanggan saje. Bila dah report duty, lain pulak, kena duduk kat dapur, masak cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua. Itu salah dari segi etika!

2) Pastikan tempat kerja tu tak mempergunakan tenaga buruh budak-budak bawah umur sewenang-wenangnya. Ada tempat kerja yang mengambil budak-budak lepasan sekolah ini bekerja dan dibayar tidak setimpal dengan kerja yang dibuat. Jadi, pastikan dulu tempat kerja tu, selamat dan tidak mengamalkan konsep sebegini.

3) Berkaitan dengan gaji. Ini mesti ramai suka. Yelah penat penat kerja, takkan taknak gaji pulak. Tapi bagi saya, gaji tak penting sangat. Sebab mengikut pengalaman, antara kawan-kawan, tempat kerja saya dulu yang membayar gaji paling mahal. Sampai semua orang nak ganti tempat saya. Tapi yang semua tak tahu, bila pergi kerja, tak gembira langsung. Sebab staff lain, mendiskriminasikan kebolehan kita sendiri, dan kadang-kadang benda yang bukan salah kita, kita tetap dipersalahkan, dan berurusan dengan orang yang berpangkat tinggi, melecehkan. Jadi, biarlah kita bekerja tu, ada sense of belonging di tempat kerja sendiri. Barulah semangat pagi pagi nak pergi kerja. Biarlah gaji tak tinggi, asalkan seronok bekerja dan tak rasa dibuli. Jangan pulak dapat gaji nanti, tak sama amaun dengan apa yang dah dijanjikan. Tuntut hak masing-masing.

4) Ini pun penting juga, kenalpasti masa bekerja. Tanya betul-betul dengan Supervisor, kita mula bekerja dari pukul berapa dan habis pukul berapa. Jangan pulak nanti dah bekerja, takde masa rehat langsung, ditambah pulak kena bekerja 12 jam. Itu melampau!

Harap-harap, tips-tips di atas berguna untuk membantu adik-adik untuk mencari kerja masa cuti menganggur ni. Jangan lupa bila dah bekerja, bila dah cukup bulan, calling-calling lah kakak senior di sini. Mee goreng mamak pun cukup lah. Selamat bekerja!


20100820

Wo Hen Mang

Ni hao!

Ceh, ingat tajuk entri tulis Mandarin dah hebat sangat lah? Sekarang, selain dari duduk goyang kaki di rumah, saya ke UiTM malam malam untuk belajar third language. Mandarin. Huish, ingat senang ke nak menyebut semua term dalam Mandarin? Tak percaya?

Bukti.

Tengok, nak sebut ''sangat baik, awak pula?'' pun payah! Sampai hati komputer bagi markah paling corot. Malu nak mengaku, tapi yang waves warna ungu tu menunjukkan cara sebutan salah. Salah sama sekali! Boleh menjatuhkan hukuman mandatori kalau salah intonasi. Isk iskk! Macam mana nak jadi pelajar terbaik kalau tone pun salah. Payah payah!

Walaupun salah intonasi, tapi sekarang dah boleh buat dialog sendiri. Yang mudah mudah saje.

Wo jiao Abidah. Wo shi jiu sui le. Wo hai meiyou gongzuo, wo shi xuesheng. Wo you wu ge xiangdi jiamei. Wo you yi ge gege, san ge jiejie. Wo hai meiyou jiehun. Ni you jiehun he wo?

Sudah. Bulan puasa tak elok merepek banyak. Nanti potong diskaun.

So what is your third language?

20090403

My Interview for JPA schoolarship

Okayy, since not all students really get the expriences to be interview for the JPA schoolarship, I'll story my experience.

Aku punya interview pukul 8 pagi, but aku sampai ke Putrajaya pukul 8.30. Dan ayah sudah mula bising dalam kereta sebab pagi tadi aku bersiap lambat sangat. Ayah takut aku tertinggal giliran untuk ditemuduga. Aku macam biasa, buat muka tak bersalah dan cool je. Yaa, aku memang begitu kalau kena salahkan tentang sesuatu. Rupanya aku sampai lambat, temuduga pun belum bermula lagi. Cehh, ayah je tergopoh gopoh.

Dan yang paling mengejutkan, sampai je kat PICC putrajaya, aku terus dipanggil untuk ditemuduga. WHOA! Kenapa lah cepat sangat nama aku kena panggil. Takpe lah, habis cepat lagi bagus.

Dalam satu sesi temuduga, 6 orang akan dipanggil sekali gus untuk masuk dalam bilik temuduga. So, takdelah aku nervous sangat, masuk ramai ramai. Pastu orang sebelah aku cakap kat aku,

'' You know what, I can't see your calm face! How did you do that? ''

Aku gelak jelah. Ya, mula mula memanglah rasa gemuruh, tapi bila dah mula cakap, HAA, LAJU JELAH AKU CAKAP. TAKDE NOKTAH NOKTAH DAH. *gelak*

Mula sekali, dia suruh kiteorang perkenalkan diri masing masing. Aku kan memang suka bercerita, aku bantai jelah cerita pasal famili aku. Okayy, to be frank, AKU LUPA KEJAP NAMA SEKOLAH MENENGAH AKU YANG LEPAS APA. Sorry, I'm not a good student. *gelak lagi*

To be frank, one more time, aku tak tahu pun apa itu sains sosial(bidang yang aku mohon). Aku datang ke PICC tanpa bersedia apa apa. Nasib baik, orang sebelah aku pun nak ambil bidang sains sosial, so dia terangkan sikit sikit apa itu sains sosial.

Then, orang yang temuduga tu tanya, why do you want to pursue this course?

My answer would be like this, because I want to be a journalist and working in a company that based on Mass media and Comunication. Besides, I do love writing. And I have my own blog. Thats why I want to pursue this course.

Bila masuk sesi kedua, orang yang temuduga tu bagi kiteorang topik dan kiteorang semua perlu berbincang tentang topik itu.

Our topic: What should government do to enhance the English learning among the younger generations?

My answer would be like this, government should done more competition based on English among the students, such as debate, public speaking. And so on.

**********

Lepas sudah habis semua sesi tu, budak sebelah aku cakap lagi,

'' I don't believe you are from Islamic school! ''

'' Why you don't believe that fact? ''

'' From what I can see, your style, the way you speak. Everythings! ''

'' Hahaha, I guess that will be such a compliment for me. ''

**********

Lepas itu, balik rumah! Okayy, that's all. Dan tiada apa yang perlu ditakutkan sebenarnya. Asalkan ada confident, and everythings would be FINE. Lastly, doakan jelah aku dan budak budak yang lain dapat tawaran biasiswa ini. Aminn ;)

Result akan tahu dalam masa bulan 5 nanti.

Haha, saja nak letak.