Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

20100829

Iftar at Belanga Restaurant

Salam Ramadhan semua.

Memandangkan ada salah seorang ahli keluarga kami yang akan berpisah, buat sementara waktu untuk mengikut langkah suami ke Labuan, maka kami cadangkan buat satu iftar bersama-sama, satu keluarga.

Jadi kalau ada pembaca yang kampung nya jauh di Pantai Timur sana. Atau tiba-tiba nafsu mengidam nak makan lompat tikam, atau nasi dagang, ataupun nasi tumpang, memang tempat yang paling sesuai untuk melayan nafsu ialah di Restauran Belanga. Dalam Malaysia, hanya ada dua restauran yang setakat ini dibuka, iaitu di Mid Valley dan terbaru di Empire Shopping Gallery Subang Jaya. Memang puas hati. Lagi lagi bila terbayangkan Pantai Timur tu jauh sangat dari Kuala Lumpur. Jadi berbaloi lah makan di Belanga. Bukan makan dalam belanga yee!

Kalau berhajat nak berbuka di Belanga, pastikan reserved tempat awal awal. Sebab memang penuh. Penuh melimpah ruah pelanggan yang datang! Kalau walk-in, memang tak dapat tempatlah.
Nasi Lemak Ayam.
Sambal terbaik rasanya!

Nasi Kerabu Ayam Percik.
Heaven!
Nasi Kerabu Ayam.
My favourite!
Roti Jala.
Nusantara Ice Blended.
Tidak disyorkan untuk penghidap migrain.
Sebab lepas minum secawan, memang rasa nak pecah kepala kat dinding.
Tengok! Memang penuh melimpah limpah.
Kakak ipar yang akan ke Labuan, tsk!
Itu saja yang mampu ditulis, sebab bila tulis lagi banyak, rasa macam nak pergi Belanga lagi sekali! Dugaan berpuasa. Ish isshh!