20100209

1Malaysia hanya pada nama

Entri penting yang wajib dibaca semua orang.

Bila sifat bertimbang rasa sesama sendiri tidak lagi menjadi darah daging sendiri,
Bila mulut lantang bercakap apa sahaja dan tangan menulis tanpa ada rasa bersalah,
Bila sensiviti dan hak orang lain tidak dipedulikan,
Bila akal sudah tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk,
Bila agama sudah mula dipolitikkan dengan segala propaganda kotor,
Bila kita semua tidak mengenali dan enggan memahami adat antara sesama kita,
Bila bertindak tanpa memikirkan kesannya yang akan timbul,
Dan bila sudah memang tiada rasa hormat dengan orang lain dalam hati sendiri,
INILAH AKAN TERJADI!

Kesannya, Nabi junjungan umat Islam, dihina sebegitu rupa.

&& not nabi muhammad, but babi muhammad. AAAA.. ♥ -ing it!

*istighfar panjang*

Patutkah Muhammad nama mulia digandingkan bersama caci maki, hamun hina?
Patutkah Islam dipijak agama lain sehinggakan kita sudah tidak ada bicara?
Patutkah kita terus melihat tanpa ada rasa bersalah dalam jiwa?
Patutkah Nabi akhir zaman yang mulia ini dihina angkara perbuatan manusia?

Inilah akan terjadi mungkin dalam masa akan datang jika sensiviti orang lain tidak diambil kira.

20100203

EEUUU, So Not Me!

Aktivit hari ini:

Pergi Metro Subang nak amek lesen. Huish, hell gila tempat tu sebab ramai rempit dan ramai smokers yang tak bertimbang rasa dan kalau boleh tengah cakap, asap rokok tu mesti halakan ke arah aku! Tolerate lah sikit. Dah lah kena naik kereta dengan budak budak taman perumahan aku. Tak sangka Saujana Utama melahirkan mat motor yang bertauliah weyh! Aku suka tapi benci.

Benci sebab ada sorang neh cakap aku pakai selimut dekat atas kepala. Pastu benci sebab dia nak tackle tapi tak reti. Benci sebab baru kenal, dah nak ajak tengok wayang Ahad neh. Sumpah lepas neh aku nak bawak guardian angel pergi kelas.

Lepas tu, sudah lah cap jari aku tak sama dengan cap jari IC. Timbul lagi satu masalah. Aku dah kata, penyakit scabies kadang menyusahkan sebab cap jari aku dah bertukar dari bentuk asal. Pastu, bila jadi macam tu, terus emo. Terus diam dalam kereta masa nak balik rumah. Masa pergi ke kelas, elok je bising. Dah balik, terus bisu. Sampai kena tegur dengan mat motor Saujana,

Pakcik, kenapa budak perempuan sebelah pakcik tu diam je? Pagi tadi bukan main bising, sampai rasa pecah tayar kereta neh!

Agak makan dalam di situ -__-"

Ohh dan dan, kaw sangatlah tak percaya kalau aku katakan aku sangatlah pendiam dalam kelas! WOWWOOT! Shahir sekarang dah pandai perli aku, dia kata bila aku pendiam adalah 8 Wonders in The World. Tapi aku bosan sebab tak boleh jadi bertih goreng. Susahlah kalau dah jadi budak paling bising, tetiba jadi terus budak yang paling susah nak dengar suara. Nak emo jugak yang ini!


Balik terus emo


Kaw kata ini selimut? HISH!
Penat aku berlari ke Sunway semalam sebab nak beli selimut ini je

*muntah*

Semalam ada gathering Taylorians di TGI Friday, Sunway Pyramid. Seperti biasa, aku memang sangat sangat sangat bising. Lumrah weyh.

♥♥♥


Liyana nampak WHOA! malam tadi





Sorry, 18SG



Super duper loves

♥♥♥

20100202

Teknologi: Bagus Atau Tidak?

Pernah tak terima member yang macam ini?

Weyh, aku sampai kejap lagi. Nanti aku dah sampai aku bagitau. Aku stucked kat dalam jammed. Kaurang tunggu aku tau!

Dia reply,

K

Bagi aku, aku memang sangat tak boleh terima kalau orang mesej aku guna perkataan yang singkat macam

K, Oo, X.

Itu setakat yang aku pernah terima. Tak tau lah kalau pengalaman kaurang ada yang lebih ekstrem. Kadang itu, aku kesian dengan deejay radio sebab bila nak baca mesej mesej begini, kena baca dua tiga kali baru dapat faham isi kandungannya. Bayangkan kalau aku yang jadi deejay radio, memang haram aku taknak baca mesej macam neh!

Pernah sekali tu, deejay radio tersalah baca mesej. Mungkin ayat yang ditulis dalam mesej tersebut,

Ina* syg abg sepn.

Deejay radio tu baca,

Ina sayang abang Sepin. Ohh nama suami dia Sepin!

Padahal, yang sebetulnya dibaca: sepenuhnya -___-"

Dulu aku pernah jugak ada member yang begini akhlaknya. Tapi lepas dah kenal lama, dia tau yang aku memang tak suka mesej aku semua dibalas dengan satu huruf sahaja. Mujur sekarang dia dah tak tulis pendek pendek macam dulu. Wuhuu! Aku berjaya mengubah seorang manusia gemuk. HAHAA
Ohh yaa dan satu lagi kalau mesej itu mengandungi hanya satu ayat. Hakikatnya ada 8 ayat. Contohnya,


Kaw tau tadi aku jumpa sorang makcik neh dia banyak songeh betul kat kedai tu penat aku nak layan semua karenah dia kejap minta itu pastu minta ini dah habis semua aku keluarkan dia terus bla macam tu bukan nak beli pun sebenarnya GGRR!

Haa record berapa minit kaw nak fahamkan mesej tersebut? Aku mengaku aku memang sangatlah lembap dalam hal hal sebegini. Sebab dulu cikgu aku ajar kena guna noktah dan koma serta tanda seru. Tak sangka yang teknologi kadang kadang memudaratkan.

Kejap, aku baru dapat mesej yang lagi hell dari ini.

@wak k@t manew? ítew dah ampai nieh! bilew dah ampai, mecej ítew t@w


WTH! Kaw ingat ampai baju ke apa? Umur dah tua, masih nak tulis pelat pelat. Aku daftarkan kaw Tadika Kemas, nak?

20100127

Kekasih yang ditunggu tunggu telah tiba

Setelah 10 bulan aku mengadap nota nota lecuter, mengadap buku English yang aku selalu tiru jawapan belakang, menekan nekan kaltulator saintifik aku, dan berusaha menghafal formula formula statistik yang kadang tu aku tak faham pun, AKHIRNYA, aku berjaya juga habiskan Foundation in Business aku!

Tapi aku dapat rasa kan, keputusan peperiksaan semester akhir aku mesti macam tak boleh harap je. Terutama English aku yang memang susah dan pelajar pelajarnya mesti ramai yang kecundang sebab soalan susah macam kaw nak ambil MUET. Hesh, lagi lagi pulak soalan suruh tulis YES NO. Aku dengan keyakinan yang menebal di jiwa sebab dah sebati dengan lagu, Jika kaw fikirkan kaw boleh, *pastu lupa* dengan pantasnya aku tulis TRUE FALSE. Kaw bayangkan soalan ada 10 aku main bantai tulis TRUE FALSE dari mula sampai akhir. Ciss kaw Abid! Careless.

Bayangkan sekarang berapa banyak markah aku hilang! Bayangkan sekarang macam mana aku nak menghadapi keputusan English aku bila aku tengok dapat Credit je. Bayangkan sekarang macam mana aku menjerit di luar dewan peperiksaan semalam! Bayangkan sekarang macam mana muka aku bertukar jadi Hulk! Bayangkan sekarang macam mana aku berusaha untuk membakar kertas kertas jawapan English tadi supaya boleh buat balik! Bayangkan sekarang, OKAY STOP! Stress ulang banyak kali.

Tapi setelah aku berdendang sama sama dengan budak budak Taylor yang lain di Sunway Pyramid lepas habis peperiksaan, aku dah mula dapat sedikit semangat yang aku bakal terima Credit sahaja untuk kertas English aku yang susah macam MUET! Sabar itu penting. *sigh -_-"

Bila tengok balik gambar gambar semasa foundation di Taylor's College, aku rasa macam banyaknya kenangan dengan budak budak Cina Melayu semua. Lagi lagi bila tengok status sorang sorang dekat Facebook, ahh beratnya hati!

Siapa lagi nak jadi punching bags aku? Siapa lagi nak bergossip dengan aku pasal biatch yang selalu berkepit dengan boyfriend dia? Siapa lagi nak dengar keluhan aku yang memang banyak? Siapa lagi nak jadi group member aku dan sama sama berusaha nak dapatkan markah 9.8 over 10 untuk assignment Business Statistics? Siapa lagi nak bagi aku info info pasal bola? Siapa lagi nak jerit dekat aku pagi pagi, ABID, LIVERPOOL LOST? Dekat siapa lagi aku nak minta tolong kalau tak sempat nak print Lecture Note? Okay sudah cukup.
My punching bag


Teman sama sama tolak menolak, tampar menampar, dan sama sama berusaha nak dapatkan 9.8 over 10 untuk assignment


Teman sama sama teruja bila dapat guna perkataan English yang baru
Hasilnyaa, aku digelar Top Dog (walaupun tak layak) HAHAA

Precious memories :)
You guys are so nice.

Dan sekarang saat yang ditunggu tunggu, 8 months holiday baby! Banyak perancangan. Dan masih dalam perancangan lagi. Harap harap dapat buat semuanya. Hee.

Baibai, foundation ♥

20100125

Kalau boleh, aku nak calon suami nanti, sama perangai!

Di suatu petang yang hening (wtf ayat hahaa),

Kakak: Ayah, tempat tu kat Plaza Alam Sentral.
Ayah: Kamu tau jalan nak pergi sana?
Kakak: Taktaulah. Tapi dekat dengan PKNS dengan SACC Mall.

(Aku datang menyibuk dengan membawa pinggan yang penuh dengan nasi dari dapur terus ke ruang tamu, gila tak senonoh perangai)

Aku: Kenapa? Nak pergi mana? Kenapa? Kenapa? Kenapaa? (Okay cukup, afdal tiga kali je)
Ayah: Duduk je diam diam kat situ, makan!
Aku: Alaaa!
Ayah: Ehh, esok kamu ada kelas ke?
Aku: Taknak jawab! Tadi ayah pun tak jawab bila orang tanya (sambil gelak)
Ayah: Hish, nak pergi beli laptop lah (gelak sama)

Sumpah tergelak bila ingat balik reaksi ayah. Itu baru gertak sikit.

Aku dengan ayah memang rapat. Rapat sampai boleh kongsi tuala mandi sama. Padahal tuala mandi aku dah lama tersadai dekat belakang pintu bilik.

Rapat sampai berus gigi pun kongsi sama. Sampaikan kalau ayah balik kampung dan aku tak ikut sama, aku tak gosok gigi sebab ayah dah bawa balik berus gigi bersama dengan dia. HAHAA, kotor betul!

Rapat sampai baju dia sudah sebati dengan hingusan aku. Sebab kadang kadang bila hidung aku berair, baju dia yang akan jadi mangsa. Sampai dia pun dah tak mampu nak buat apa apa lagi. HAHAA, kotor sungguh!

Rapat sampai kalau nak beli seluar, aku yang temankan dia dekat fitting room. Sementara ummi dah ke tempat lain.

Rapat sampai umur 12 tahun pun tidur bawah ketiak ayah. Tapi bila dah besar, selalu komen yang ketiak ayah busuk (walaupun tak). Padahal masa belum akhil baligh, siap bergaduh dengan kakak berebut nak tidur dengan ayah. HAHAAA, punya tak senonoh perangai!

Rapat sampai kalau aku keluar, balik lambat, mesti dia marah dalam telefon saje. Siap menjerit jerit semua. Sampaikan meremang bulu roma aku. Tapi depan depan, diam saje. Cakap pun macam malu malu je perkataan nak keluar dari mulut dia contohnya, "Abid jangan buat macam tu lagi. Haa dah makan dah? Jom makan cepat."

Rapat sampai masa tadika dulu, aku selalu cakap kambing yang tunggu dekat bus stop yang berhampiran dengan kedutaan Amerika itu adalah kawan dia. Dan mesti dia balas balik, itu kawan aku sebenarnya. Ciss, nak menang saje! Okaay lah. Kawan aku tu.

Rapat sampai dah masuk zaman kolej pun, makan sarapan sama sama di Subang Jaya, kalau tak sempat makan di rumah, dan kalau kebetulan kelas aku mula lambat pada pagi itu.

Rapat sampai kadang kalau nak keluar sama, baju sama warna. Supaya nak amik gambar mesti cun. Sehati sejiwa gitu! Apa ingat Mawi dengan Ikin saje boleh sedondon? HAHAA. Macam gambar bawah neh.


Haa, kan sama kuning tu!

Haa ini lagi satu!
Walaupun baju tak sama, tapi jaket tu sama warnanya.
Penting yaa itu adik adik, untuk kekal setia jadi anak ayah.
HAHAA wtf!

Sampaikan dia pun dah bosan nak bergambar dengan aku.
HAHAA, sabar jelah dapat anak macam neh!

Dan rapat sampaikan kalau nak berjalan tu mesti kena pegang tangan.
Takut tercicir pulak nanti!
Siapa yang nak kongsi tuala nanti kalau dah tercicir? *takde kaitan*

Rapat sampaikan kalau nak jumpa artis pun kena sama sama merasa peluk cium artis tu.

So, rahsia untuk terus dilabelkan anak ayah, perlu lah kongsi berus gigi sama, ehh silaap! Perlu ada chemistry bond bersama. Baru boleh jalan sama.

**********

Atas Permintaan Kakak Aku di ShoutMix

Ini bukan lawak antarabangsa Ujang, ini lawak Hospital Kuala Lumpur

Nurse: Encik Khairul*, encik ada bawak x-ray tak?
Encik Khairul: Ada ada adaaa!! (dengan muka semangatnya!)
Nurse: Kat mana x-ray tu?
Encik Khairul: Ada kat depan sana. Nak saya ambik sekarang ke?
Nurse: Haa, boleh jugak!

(Aku pun tunggu je dekat situ, nak tengok x-ray apa yang dia bawak)

Encik Khairul: Haa ini lah dia ISTERI saya!
Nurse: Ehh bukan! Saya kata X-RAY.
Encik Khairul: Ohh x-ray! Ada dekat kecemasan.

(Aku tahan jelah gelak di situ! Bila dah balik rumah baru gelak menggilai dengan semua orang!)

*nama telah diubah

Okay kalau tak lawak, boleh buat temujanji dengan doktor pakar! Periksa hormon geli hati kaw.