Kadang aku rasa sunyi walaupun dikelilingi ramai orang. Masa itu jugak, aku rasa menyesal sangat pilih Taylor's College sebagai tempat aku sambung belajar. Padahal dulu aku yang beriya iya nak tolak tawaran UIA. Bila aku tengok ramai orang yang dah jumpa rakan karib dia dekat universiti, aku rasa jelous. Patutkan aku rasa macam tu? Walaupun dekat kolej aku, aku ada ramai kawan, dari yang bangsa Melayu sampailah ke bangsa Cina, tapi nak cari kawan yang betul betul memahami susah. Kadang bila aku ada masalah, aku nak cerita dengan orang, tapi aku fikir dua tiga kali, nanti aku cerita, ada ke diaorang kisah dengan masalah aku?
Dalam hidup ini, sesetengah orang sering kali hilang kawan. Banyak sebab yang menyebabkan seseorang hilang kawan.
Kemungkinan yang pertama, sebab masing masing dah bawa haluan sendiri. Macam dekat universiti, ramai yang dah lupakan kawan sekolah masing masing. Kalau contact balik pun hanya sebab nak buat reunion. Kalau tak jangan harap nak dengar khabar berita. Yelah, duduk asrama, menghadap muka yang sama setiap hari, mana lagi nak kaw cari kawan lain selain dari roomates atau classmates kaw sendiri.
Kemungkinan yang kedua, sebab kaw pernah bercinta dengan kawan baik sendiri. Dulu sebelum kaw mula jalinkan hubungan intim dengan dia, itulah kawan yang paling kaw sayang. Apa apa saje masalah semuanya rujuk dekat dia. Kalau dalam phonebook handphone kaw, kaw siap tulis nama dia sebagai BESTIE FOREVER. Tapi, bila dah lama kenal, rasa lain pula datang. Kaw simpan nama dia dalam phonebook lain pulak, contohnya LOVE ke, BBY ke, haa apa apa jelah yang sesuai. Tapi bila dah takde jodoh, masing masing dah taktau nak berhubung sesama sendiri macam dulu dulu masa berkawan. Sebab rasa pelik dan janggal bila mesej walaupun hanya nak bertanya AWAK APA KHABAR? Kalau nak mesej tu, kena fikir dua tiga kali nak bahasakan diri apa. Dulu masa berpacaran, panggil BABY laah, HONEY laah. Habis, kalau dah putus hubungan, takkan nak panggil BABI pulak? Macam pelik je.
Kemungkinan yang ketiga, sebab kawan tikam kawan sendiri. Paling sadis! Dalam dunia neh, banyak yang kita tak dapat nak jangka. Walaupun kawan perniagaan sendiri pun boleh tipu kawan business sendiri akibat tamakkan dunia. Tak patut kan? Apatah lagi kawan kawan sekolah. Kadang ada yang menggatal dengan pacar kepunyaan kawan baik sendiri. Bila dah jadi macam tu, mulalah kata SOAL HATI TAK BOLEH PAKSA.
Kemungkinan yang keempat, sebab kaw dah jatuh tersungkur. Orang kata, kawan di masa senang, mudah dicari, tapi bila dah tiba masa susah, semua lari. Dunia ini penuh dengan kepuraan puraan. Tak mustahil hari ini kaw berkawan rapat dengan seseorang, esoknya dia dah lari dengan duit duit kaw. Pastu, papa kedanalah kaw. Bila masa masa genting macam nehlah, seorang kawan pun tak datang tolong kaw. Kadang ada yang ambil jalan pintas, pinjam Ah Long.
Kemungkinan yang kelima, sebab kaw dah tak lawa macam dulu dulu. Dulu masa di sekolah, kawlah yang paling cantik, sampaikan Megan Fox kalah. Ramai yang nak kawan dengan kaw sebab bagi diaorang kaw ialah magnet untuk lelaki lelaki hot, hensem dan kaya. Bila kaw dapat berkawan dengan lelaki lelaki begini, terhegeh hegeh lah kawan kawan kaw nak minta kaw perkenalkan sorang dua kat dia, untuk buat calon suami. Tapi bila ditakdirkan sesuatu buruk jadi dekat kaw, asid tumpah ke, terus kawan kawan kaw lari berterabur. Kata kawan sehidup semati. Tapi belum mati lagi, dah hilang. Apa punya kawan.
Kita tak dapat nak lari dari kenyataan yang kita memerlukan kawan untuk hidup. Mereka seperti sebahagian dari keperluan dalam hidup. Jadi seelok eloknya, hargailah kawan baik kaurang. Berkawan biar seribu, tapi sahabat yang memahami kaw jagalah elok elok sebab bukan senang nak dapat dalam dunia penuh dramamama ini.

Fikir banyak kali, kawan atau musuh?
Jangan silap memilih kawan.
Sebab tak mustahil satu hari nanti,
dia akan tikam belakang kaurang.

Jadi seperti spongebob yang selalu menolong kawan dia, walaupun kadang tu macam bodoh bodoh alang sikit dia neh. Tapi dia tak pernah menghampakan aku bila aku tengah sedih. Bila aku tengah gembira, dia mesti buatkan aku satu dua Kraby Patty. Romantis kan dia neh?
AWW AWW, tengok dah malu dah dia.
Awak, kita masih kawan sejati kan? Janji kawan sampai mati? Janji tau!
