Memaparkan catatan dengan label College life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label College life. Papar semua catatan

20110514

I Cheated My Study Week With This Entry

It supposed to be last month entry, but I did not even managed to sit nicely in front of laptop to write all this thing. Now, I have to because it's been forever I did not wrote anything here. Screw final exams! Ohh for your info, I am in the midst of my final exam. 2 more papers to go. And Bye Bye year 1.

For my dad and sister's birthday, we celebrated it a bit late because we have to wait for my brother and sister-in-law come back to KL. We found a nice place at Shah Alam which called Sahara Tent Restaurant. They served Arabic cuisine. Foods are good, but for Asian tongue like me, this might not be your favourite place. You might resist to tickle your taste buds with thousands of spices.



Birthday boy and girl ♥


We've got a new family member; Sakinah


The foods






Hahahaaa! So cute. Macam nak kena lempang.



Hahaha! Muka masing masing tangkap lalat!





**************

Okay now, get back to the serious matter. Books and final exam. Will update you soon people. Happy reading :)

20110219

Menghargai Kawan

Rasanya memang dah habit kot setiap bulan satu entri sahaja.

Moving on.

Selama 4 bulan dah belajar di Taylor's University ni, dah banyak aktiviti yang kawan-kawan saya rancangkan. BBQ lah, pergi naik Broga Hills lah, pergi kenduri kesyukuran salah seorang kawan kami dan macam-macam lagi. Tapi tak banyak yang saya boleh ikut sebab rumah jauh sangat.

Jadi, Isnin yang lepas diaorang bercadang nak pergi main badminton. Yelah, selama ni plan pasal makan je. Sekarang, plan kena pecahkan balik semua lemak tu. Kita bersukan! Lepas tu yang budak-budak ni dah perli perli, sebab selalunya tak join diaorang pergi mana-mana. Kali ni, bila dah join aktiviti diaorang, semua dah rasa macam, Whoa Abid pergi main badminton lah! 8 wonders in the world!


Fine, diam lah kaurang!


Afiq dan Nadrah.


Muka bersedia untuk sakit-sakit badan 3 hari lepas main.

Bajet pro habis.


Semua muka semangat nak main 2 jam.


Yelah, sebab saya bukan artis. Takde siapa snap gambar saya tengah main. Terpaksa snap gambar kawan-kawan sendiri sebagai bukti memang kiteorang belasah sungguh sungguh.


Ni memang dah habis penat tapi gigih jugak nak senyum.


Zaquan apahal buat muka terkejut?






Dah 2 jam main, mesti lah nak top up lemak-lemak balik. Jadi, kita ke Restrees di Sunway Mentari. Bukan Restress okay. Itu nak menambahkan stress balik. Ni nak menambahkan lemak balik. Faham?
Haaa amek kaw! Memang tak berkesan langsung main 2 jam. Hahahaa.

But after all, we had fun. Begitulah cara saya menghargai kawan-kawan di universiti. Walaupun selalu tak ada masa nak join aktiviti-aktiviti lain, tapi bila dah join sekali, memang best.

20091215

Hilang Kawan

Pernah tak rasa hilang seorang kawan?

Kadang aku rasa sunyi walaupun dikelilingi ramai orang. Masa itu jugak, aku rasa menyesal sangat pilih Taylor's College sebagai tempat aku sambung belajar. Padahal dulu aku yang beriya iya nak tolak tawaran UIA. Bila aku tengok ramai orang yang dah jumpa rakan karib dia dekat universiti, aku rasa jelous. Patutkan aku rasa macam tu? Walaupun dekat kolej aku, aku ada ramai kawan, dari yang bangsa Melayu sampailah ke bangsa Cina, tapi nak cari kawan yang betul betul memahami susah. Kadang bila aku ada masalah, aku nak cerita dengan orang, tapi aku fikir dua tiga kali, nanti aku cerita, ada ke diaorang kisah dengan masalah aku?


Dalam hidup ini, sesetengah orang sering kali hilang kawan. Banyak sebab yang menyebabkan seseorang hilang kawan.

Kemungkinan yang pertama, sebab masing masing dah bawa haluan sendiri. Macam dekat universiti, ramai yang dah lupakan kawan sekolah masing masing. Kalau contact balik pun hanya sebab nak buat reunion. Kalau tak jangan harap nak dengar khabar berita. Yelah, duduk asrama, menghadap muka yang sama setiap hari, mana lagi nak kaw cari kawan lain selain dari roomates atau classmates kaw sendiri.

Kemungkinan yang kedua, sebab kaw pernah bercinta dengan kawan baik sendiri. Dulu sebelum kaw mula jalinkan hubungan intim dengan dia, itulah kawan yang paling kaw sayang. Apa apa saje masalah semuanya rujuk dekat dia. Kalau dalam phonebook handphone kaw, kaw siap tulis nama dia sebagai BESTIE FOREVER. Tapi, bila dah lama kenal, rasa lain pula datang. Kaw simpan nama dia dalam phonebook lain pulak, contohnya LOVE ke, BBY ke, haa apa apa jelah yang sesuai. Tapi bila dah takde jodoh, masing masing dah taktau nak berhubung sesama sendiri macam dulu dulu masa berkawan. Sebab rasa pelik dan janggal bila mesej walaupun hanya nak bertanya AWAK APA KHABAR? Kalau nak mesej tu, kena fikir dua tiga kali nak bahasakan diri apa. Dulu masa berpacaran, panggil BABY laah, HONEY laah. Habis, kalau dah putus hubungan, takkan nak panggil BABI pulak? Macam pelik je.

Kemungkinan yang ketiga, sebab kawan tikam kawan sendiri. Paling sadis! Dalam dunia neh, banyak yang kita tak dapat nak jangka. Walaupun kawan perniagaan sendiri pun boleh tipu kawan business sendiri akibat tamakkan dunia. Tak patut kan? Apatah lagi kawan kawan sekolah. Kadang ada yang menggatal dengan pacar kepunyaan kawan baik sendiri. Bila dah jadi macam tu, mulalah kata SOAL HATI TAK BOLEH PAKSA.

Kemungkinan yang keempat, sebab kaw dah jatuh tersungkur. Orang kata, kawan di masa senang, mudah dicari, tapi bila dah tiba masa susah, semua lari. Dunia ini penuh dengan kepuraan puraan. Tak mustahil hari ini kaw berkawan rapat dengan seseorang, esoknya dia dah lari dengan duit duit kaw. Pastu, papa kedanalah kaw. Bila masa masa genting macam nehlah, seorang kawan pun tak datang tolong kaw. Kadang ada yang ambil jalan pintas, pinjam Ah Long.

Kemungkinan yang kelima, sebab kaw dah tak lawa macam dulu dulu. Dulu masa di sekolah, kawlah yang paling cantik, sampaikan Megan Fox kalah. Ramai yang nak kawan dengan kaw sebab bagi diaorang kaw ialah magnet untuk lelaki lelaki hot, hensem dan kaya. Bila kaw dapat berkawan dengan lelaki lelaki begini, terhegeh hegeh lah kawan kawan kaw nak minta kaw perkenalkan sorang dua kat dia, untuk buat calon suami. Tapi bila ditakdirkan sesuatu buruk jadi dekat kaw, asid tumpah ke, terus kawan kawan kaw lari berterabur. Kata kawan sehidup semati. Tapi belum mati lagi, dah hilang. Apa punya kawan.

Kita tak dapat nak lari dari kenyataan yang kita memerlukan kawan untuk hidup. Mereka seperti sebahagian dari keperluan dalam hidup. Jadi seelok eloknya, hargailah kawan baik kaurang. Berkawan biar seribu, tapi sahabat yang memahami kaw jagalah elok elok sebab bukan senang nak dapat dalam dunia penuh dramamama ini.



Fikir banyak kali, kawan atau musuh?
Jangan silap memilih kawan.
Sebab tak mustahil satu hari nanti,
dia akan tikam belakang kaurang.




Jadi seperti spongebob yang selalu menolong kawan dia, walaupun kadang tu macam bodoh bodoh alang sikit dia neh. Tapi dia tak pernah menghampakan aku bila aku tengah sedih. Bila aku tengah gembira, dia mesti buatkan aku satu dua Kraby Patty. Romantis kan dia neh?

AWW AWW, tengok dah malu dah dia.

Awak, kita masih kawan sejati kan? Janji kawan sampai mati? Janji tau!

20091112

Semester 2 in Foundation of Business

Seperti semster lepas, aku akan post something about the whole semester in Taylor's :) Basically, I would say, second semester is nicer than the 1st one. Bukan apa, sebab aku lebih kenal siapa yang boleh jadi kawan dan siapa yang boleh jadi lawan.

Orang selalu cakap, belajar satu kelas dengan budak budak cina, memang payaah. Tapi bagi aku, takde bezanya cina dengan melayu kan. Masing masing ada dua otak. So, kite takde hak nak judge sesuatu bangsa kalau belum kenal lagi.

Tapi yang paling aku impressed pasal budak budak cina, mostly classmate aku, diaorang takde rasa racist langsung. Eventhough aku sorang je melayu dalaam kelas. Bila nak kutuk, kutuk sama sama. Kadang ada jugak kiteorang kutuk classmate kiteorang. This one biatch always give trouble to everybody. Nasib baik dia seorang aje yang bermasalah. But its okay. Nobody perfect. Selagi dia tak buat hal dengan aku, aku tak kacau life dia.

And one more thing yang memang aku rasa WHOAA! pasal classmates aku, masa bulan puasa hari tu. Aku kan tak pernah sekelas dengan budak budak cina since high school. Hanya pernah satu sekolah je. Then, bila bulan puasa, diaorang neh hormat gila dengan aku. Kalau nak makan dalam kelas, memang tak tunjuk depan aku lah. Kadang tu minta izin dulu nak makan. Even nak minum air pun sorok sorok dari aku. Aku rasa WHOA! lagi sekali. HAHAA.

So, memandangkan aku akan bercuti 2 minggu, blog ini akan aktif kembali. We see how first lahh okaay? So far, paper paper yang aku buat masa final exam, OKAY LAH! Kang kata senang, macam riak pulak kan. Kang kata susah, menipu plak. So, moderate. Islam kan mengajar umatnya bersederhana :)

Jadi, cakap banyak pun takde guna, SHOW TIME! Semua gambar di bawah apa yang terjadi dalam semester kedua aku di Taylor's. Kite enjoy! :D


For the first time, I experienced Taylor on fire!
Aku akan rindu gilaaaa kelas Islamic Studies nanti.
Dah tak dapat nak main main mata dengan ______.
And this is the last English Class with Mr Chandra
Mr Chandra belakang camera :)

During English Presentation.
Syukur dah habes!
Kalau tak, memang tak dapat tidur.
Accounting Presentation yang membunuh aku!
Paling susah!
After Accounting Presentation. With Mr David.
The best ever tutor laaah!
Aku paling suka kelas dia,
sebab dia ajar senang faham.
Eventhough dia sometimes can be lame.
Tapi, dia tetap cool orang cakap dia lame :)
I like!
Dialah yang berjaya menghasut aku untuk ponteng kelas,
kadang kadang laah.
Sebab dia kata, kalau dapat kedatangan penuh pun,
bukan dapat sijil pun.


And meet the rest of my team :D
Tony(who always hug everyone suddenly)
and Yi Ling(best leader I would say)
Farah Sabrina(not my classmate, but my best gossip girl lah!)

And our Accounting group.
nice working with them :)

See?! I told yaa.
Dia memang suka hug aku tetiba.

And my best football story teller.
Arsenal die-hard fan tu!
Setiap pagi je, sebelum mula kelas,
mesti dia cakap,
Aiyo Abid! Liverpool lose lah last night!
I told yaa, Liverpool not good one.
And my favourite picture.
Presenting GAY BOY BAND :D

Let us dont talk about it, okay?


And this is how we celebrating our freedom from tough subject in semester 2!
Karaoke, Neway!
Perggh, memang aku melalak habis semua dalam tu,
Release tension maaa.
Lagu cina semua aku bantai.
Yang tak tahan nya,
bila part nyanyi lagu Korea, sorang pun taktau nyanyi,
main cakap BLA BLA BLAAA, Ohh yeah!
Sorry Sorry Sorry Sorry,
BLAA BLAA BLAA.
Kadang tu,
Nobody nobody but you,
TRALALALAAA.
Itu je tau. Hampeh
-_-"

The best lecturer ever lah!
Vote for Mr Ang. Sporting habisss!
And Farah, AGAIN?!
Naik virus camera aku neh.
HAHAA, joking.
And also the best gang in class for gossiping or punching :D
Andrina and Nicole.And this is the WHOLE CLASS.
See, aku sorang je melayu dalam kelas.

Kesimpulannya, SIAPA KATA MELAYU TAK BOLEH HIDUP DALAM KELOMPOK CINA?

Lastly, Happy Holiday to all :D