20100125

Kalau boleh, aku nak calon suami nanti, sama perangai!

Di suatu petang yang hening (wtf ayat hahaa),

Kakak: Ayah, tempat tu kat Plaza Alam Sentral.
Ayah: Kamu tau jalan nak pergi sana?
Kakak: Taktaulah. Tapi dekat dengan PKNS dengan SACC Mall.

(Aku datang menyibuk dengan membawa pinggan yang penuh dengan nasi dari dapur terus ke ruang tamu, gila tak senonoh perangai)

Aku: Kenapa? Nak pergi mana? Kenapa? Kenapa? Kenapaa? (Okay cukup, afdal tiga kali je)
Ayah: Duduk je diam diam kat situ, makan!
Aku: Alaaa!
Ayah: Ehh, esok kamu ada kelas ke?
Aku: Taknak jawab! Tadi ayah pun tak jawab bila orang tanya (sambil gelak)
Ayah: Hish, nak pergi beli laptop lah (gelak sama)

Sumpah tergelak bila ingat balik reaksi ayah. Itu baru gertak sikit.

Aku dengan ayah memang rapat. Rapat sampai boleh kongsi tuala mandi sama. Padahal tuala mandi aku dah lama tersadai dekat belakang pintu bilik.

Rapat sampai berus gigi pun kongsi sama. Sampaikan kalau ayah balik kampung dan aku tak ikut sama, aku tak gosok gigi sebab ayah dah bawa balik berus gigi bersama dengan dia. HAHAA, kotor betul!

Rapat sampai baju dia sudah sebati dengan hingusan aku. Sebab kadang kadang bila hidung aku berair, baju dia yang akan jadi mangsa. Sampai dia pun dah tak mampu nak buat apa apa lagi. HAHAA, kotor sungguh!

Rapat sampai kalau nak beli seluar, aku yang temankan dia dekat fitting room. Sementara ummi dah ke tempat lain.

Rapat sampai umur 12 tahun pun tidur bawah ketiak ayah. Tapi bila dah besar, selalu komen yang ketiak ayah busuk (walaupun tak). Padahal masa belum akhil baligh, siap bergaduh dengan kakak berebut nak tidur dengan ayah. HAHAAA, punya tak senonoh perangai!

Rapat sampai kalau aku keluar, balik lambat, mesti dia marah dalam telefon saje. Siap menjerit jerit semua. Sampaikan meremang bulu roma aku. Tapi depan depan, diam saje. Cakap pun macam malu malu je perkataan nak keluar dari mulut dia contohnya, "Abid jangan buat macam tu lagi. Haa dah makan dah? Jom makan cepat."

Rapat sampai masa tadika dulu, aku selalu cakap kambing yang tunggu dekat bus stop yang berhampiran dengan kedutaan Amerika itu adalah kawan dia. Dan mesti dia balas balik, itu kawan aku sebenarnya. Ciss, nak menang saje! Okaay lah. Kawan aku tu.

Rapat sampai dah masuk zaman kolej pun, makan sarapan sama sama di Subang Jaya, kalau tak sempat makan di rumah, dan kalau kebetulan kelas aku mula lambat pada pagi itu.

Rapat sampai kadang kalau nak keluar sama, baju sama warna. Supaya nak amik gambar mesti cun. Sehati sejiwa gitu! Apa ingat Mawi dengan Ikin saje boleh sedondon? HAHAA. Macam gambar bawah neh.


Haa, kan sama kuning tu!

Haa ini lagi satu!
Walaupun baju tak sama, tapi jaket tu sama warnanya.
Penting yaa itu adik adik, untuk kekal setia jadi anak ayah.
HAHAA wtf!

Sampaikan dia pun dah bosan nak bergambar dengan aku.
HAHAA, sabar jelah dapat anak macam neh!

Dan rapat sampaikan kalau nak berjalan tu mesti kena pegang tangan.
Takut tercicir pulak nanti!
Siapa yang nak kongsi tuala nanti kalau dah tercicir? *takde kaitan*

Rapat sampaikan kalau nak jumpa artis pun kena sama sama merasa peluk cium artis tu.

So, rahsia untuk terus dilabelkan anak ayah, perlu lah kongsi berus gigi sama, ehh silaap! Perlu ada chemistry bond bersama. Baru boleh jalan sama.

**********

Atas Permintaan Kakak Aku di ShoutMix

Ini bukan lawak antarabangsa Ujang, ini lawak Hospital Kuala Lumpur

Nurse: Encik Khairul*, encik ada bawak x-ray tak?
Encik Khairul: Ada ada adaaa!! (dengan muka semangatnya!)
Nurse: Kat mana x-ray tu?
Encik Khairul: Ada kat depan sana. Nak saya ambik sekarang ke?
Nurse: Haa, boleh jugak!

(Aku pun tunggu je dekat situ, nak tengok x-ray apa yang dia bawak)

Encik Khairul: Haa ini lah dia ISTERI saya!
Nurse: Ehh bukan! Saya kata X-RAY.
Encik Khairul: Ohh x-ray! Ada dekat kecemasan.

(Aku tahan jelah gelak di situ! Bila dah balik rumah baru gelak menggilai dengan semua orang!)

*nama telah diubah

Okay kalau tak lawak, boleh buat temujanji dengan doktor pakar! Periksa hormon geli hati kaw.

3 ulasan:

aqeela comeyls berkata...

wah..ko memang slalu gediks ngn ayah. ko selalu pow ayah.ko ni keji haha..apakah perasaan itu jika bestpren itu tiada? Jadilah bestpren dunia & akhirat ^_^
**soalan IQ tahap Maha Hebat**
sob..sob...sob...

syue berkata...

haha.wahh, anak ayah! best gilaa :) abid comel dgn pakcik kamaz*kn? ;)

hohoho..salah dgr ke itu doktor? HAHAHAHA

abidkamaz berkata...

Aqilah yang tak comel pun,
alaa kaw jelous dgn aku! HAHAAA.

syue,
Bukan doktor yang salah dengar, pesakit yang salah dengar! Hee

Catat Ulasan