20100415

Cita-Cita atau Cita-Cinta?

Entri ekspress sebab ada pengikut pengikut blog neh yang tanya, kenapa tak update pun blog? Huish, bukan senang nak cari idea nak tulis apa dekat blog. Nanti kalau tulis yang merepek mengarut semua, terus lari semua pembaca setia. Lepas tu yang tinggal hanya aku sorang yang membacanya sampai hafal semua entri dulu dulu termasuklah emoticons yang macam ini -__-" pun hafal jugak! Kadang kadang risau jugak bila dah lama biarkan blog berhabuk. Setiap masa fikirkan, apa nak tulis neh. Ideas, please come to me babeyh! Nak mandi pun fikir apa yang nak ditulis. Nak tidur pun fikir lagi, harap harap idea datang dalam mimpi kali neh. DAN AKU TELAH MEREPEK BUAT KESEKIAN KALINYA -__-"

Back to the topic.

Dulu masa tengah sibuk menghafal lepas ABC huruf apa, masa zaman tengah sibuk kira satu tambah satu guna jari-jemari yang comel comel, kita semua dah diterapkan dengan perkataan cita-cita. Bila orang tanya, bila besar nak jadi apa? Ramainya mesti nak jadi doktor. Entah apa yang bestnya, yang seronoknya jadi doktor pun taktau lah! Tapi yang paling comel kalau ada budak kecik lelaki jawab, saya nak jadi tentera, nak lawan penjahat semua! Murni sungguh niat budak tu :)

Masa kecik kecik dulu, bila jiran-jiran tanya, cikgu tadika tanya, kamu bila besar, nak jadi apa? Perkara pertama, nak jadi doktor! Macam Dr Mahathir. Ahh pathetic nya. Entah semacam jadi trend bila budak kecik bercita-cita nak jadi doktor. Okaay, I know, faktor yang mempengaruhi trend sebegini mungkin sebab orang yang pertama bayi jumpa selepas keluar dari perut ibu ialah doktor. So, no wonders semua pun nak jadi doktor kan?

Bila umur pun dah meningkat, dah tak perlu minum susu dalam botol, fikiran pun dah berubah. Tetiba datang minat nak jadi cikgu. Sebab rasa cool bila hari hari kena tanda betul dan salah dalam buku buku anak murid semua. Lagi cool kalau dapat buat tanda soal besar besar dalam buku tulis anak murid, kan? Macam aku selalu kena dulu dulu. Pemalas betul anak ini! *sigh

Pernah juga minat nak jadi model. Tapi apa agak agaknya agensi model tengok kalau ada yang datang dalam rupa begini?

Sudahlah gemuk gila. Lemak sana sini! Rasa macam nak baling kasut 7 inci pun ada. Nak cubit sampai lebam pun ada jugak. Eee tangan gemuk macam tebu HAHAHAA! Btw, mana pergi semua lemak lemak aku neh haa? Kenapa sekarang dah tak macam neh? Kalau dari kecik lagi dapat maintain bentuk macam neh, mesti dah takde yang cakap, peha pun kecik!

Dan aku sekali lagi terkeluar topik.

Bila masuk sekolah menengah, terus tukar cita-cita nak jadi jurutera. Ayah kata gaji besar kalau kerja jurutera. Lagi pulak kerja dengan syarikat oil and gas. Oil and gas dalam Bahasa Melayu apa? Lantak lah! Itu yang terus tertanam dalam sanubari, aku nak nak nak nak nak no matter what kerja dekat Schlumberger sebagai jurutera di tengah-tengah pelantar minyak. So cool! Tapi, ayah cakap, hakikatnya, perempuan susah nak jadi jurutera. Komitmen kena tinggi. Cancel terus jadi jurutera.

Tapi mujur jugak cancel jadi jurutera sebab tak payah bersusah payah nak hafal semua formula Fizik, Kimia kejadah semuanya tu. Lagipun, muka macam aku neh mana layak nak hafal periodic table, nak hafal campuran sodium dan carbon dioxide jadi apa, kalau setiap kali masuk makmal Fizik atau Kimia, muka neh jugaklah yang tidur dulu dekat belakang. Dan muka ini jugaklah yang selalu main snooker kat atas meja. Haa bagitau sekarang, tak layakkan jadi jurutera! Err, kalau nak kahwin dengan jurutera, mungkin layak :D

Bila dah lama jadi pelajar aliran akaun, terus bertukar minat nak jadi penganalisis saham. Ada yang tak pernah dengar, dia kata aku nak jadi PENGASAH ASAM, muka pun berubah reaksi macam, asam boleh asah ke? Gila hebat manusia sekarang! Tapi sayangnya, penganalisis saham kena pandai subjek Matematik Tambahan. Kalau macam tu, aku lah orang pertama yang akan gagal dalam interview bila interviewers tengok result peperiksaan, subjek Matematik Tambahan selalu Gemilang, it means FAILED! But, for me, que sera sera, whatever will be, will be. Aku akan usahakan jugak subjek Matematik Tambahan tidak lagi failed dan aku berjaya merealisasikan impian tu bila keputusan SPM keluar, aku boleh berbangga dengan subjek Matematik Tambahan aku. Tapi sayangnya, kawan kakak aku cakap jadi penganalisis saham boleh pecah kepala otak, berkecai. Again, cancel lagi!

Tapi sekarang aku dah tetapkan matlamat nak jadi akauntan bertauliah. Biarpun akauntan hanya layak balik kerja malam dan kadang kadang tidur di pejabat, tapi bila minat dah mendalam, semua tak jadi masalah. But then, when I saw my brother taking ACCA right now, belajar sampai bersepah-sepah semua buku, sampaikan kalkulator aku pun dia ambik, risau pulak. Mampu ke aku ikut langkah dia? Believe in yourself, that's true!

So, mesti cita-cita kaurang lagi gempak kan, macam nak jadi stuntman ke, jadi ahli bina badan ke atau mungkin jadi bini nombor tiga? Whoa, semua pun hebat lah :D

********

Tengah kemas kemas barang lama tadi, terjumpa gambar neh. Aww, gambar yang membuatkan mak sendiri berkata, bolehlah ummi berbesankan kawan pejabat sendiri!

Sudahlah, tak perlu berangan nak berada dalam kelompok macam neh sebab aku sendiri tak bijak mana nak dibandingkan dengan dia yang dapat 11A dalam SPM dan ilmu agama aku pun tak setinggi dia yang mana kalau bercakap, habes keluar semua hadith. HAHAA, mesti najwa dah macam annoying gila neh.



I'm still remember the things you said before,
when I have a perfect career one day, I'll be marry you

10 ulasan:

cikdoktorfalsafah berkata...

Ohh.
sweet gle yang last tuh.
"when I have a perfect career one day, I'll be marry you ♥ "

heheh :)

Juaini Jamaludin berkata...

aku sangat teruja dengan ayat yang lasssstttt sekali tu. :') terharu pulak. iskkk! jealous mak!

najwa. berkata...

-___________________________________________-"

WOI, ASAL ADA GMBR DIA MIANG! HAHA

Abid Kamaz berkata...

Aimi,
sooooooooo sweet kan. Tapi skrg, rasanya dia pun dah lupa yang dia pernah cakap benda tu :(

Juaini,
Sila kan jelous skrg. HAHAA, nnt kaw dapatlah ayat lagi power dari tu. Dont worry be happy.

Najwa,
laah gambar neh lama punya lah. Kan masa yang berlakon untuk majlis perpisahan pengetua. Alaa gambar kenang kenangan HAHAA. Kaw ada?

mimie berkata...

MIMI KOMEN!! broadband gila so aku bercita cita nak jadik penjual broadband yang tak menipu orang sebab broadband yang dia jual xde kualiti! bye ni adik aku punya :(

Abid Kamaz berkata...

MIMIE! Whoooaa adik kaw? ADIK KAW PUNYA? Hahaa saje nak boldkan adik kaw tu :D

Juaini Jamaludin berkata...

ayat lagi power? woaahhh! ayat macamana tu weh? sila berikan contoh! haha. weh, aku suka betul tengok lemak lemak kau masa kau kecik tu. aku pun wonder lah, mana pigi semua lemak kau tu? meh aku derma sikitlah! :P

Abid Kamaz berkata...

Ayat lagi power macam ayat, SAYA NAK MINTAK MAK SAYA MERISIK AWAK HARI NEH JUGAK BOLEH? power kan, kalah power root!

Itulah, aku pun wondering mana yee lemak neh lari? Pleaseee come back to mummy, fatty fatty bum bum :)

anisnadia berkata...

bedah.. ader lg gmbr tue?
buku hijau kau wujud lg x?

Abid Kamaz berkata...

Anis,
bukan buku HIJAU, its BLUE :D sejak bila tukar kaler plak buku tu. Gambar mahal tu, mestilah simpan baik baik letak bawah bantal!

Catat Ulasan