20101229

Tips Bila Mencari Kerja

Bila tengok blog archive, ya ampun! Bulan Disember satu post je, padahal dah nak akhir tahun. Tak boleh jadi ni.

Dan sebab itulah, saya di sini, menulis sekali lagi.

Sesibuk mana pun, saya tahu lepasan SPM semua dah habis sekolah. Bangga wuhuu wooow! Jadi, mungkin ada yang buntu, apa nak buat masa cuti menganggur selama berbulan-bulan ni. In order nak bantu adik-adik semua, apa kata kita teliti satu persatu aktiviti yang boleh dirancang. Ada yang merancang nak ambil lesen memandu. Bagus! Ada yang merancang nak sambung belajar terus. Baguuss!! Ada yang merancang nak pergi bekerja. Bagus jugak!

Kadang-kadang, bukan senang nak cari tempat kerja yang sesuai dengan kita. Ikut pengalaman, ada kawan saya, banyak kali tukar tempat kerja, sebab tak sesuai dengan kehendak dia. Jadi, bila cari kerja tu adik-adik, kena consider banyak perkara. Antaranya:

1) Tahu tugas sebenar. Ini penting supaya bila kita masuk kerja, takde kekeliruan tentang tugas sendiri. Masa temuduga tu, tanya betul-betul dengan pihak atasan tu, apa tugas yang perlu adik-adik buat masa bekerja nanti. Jangan pulak masa interview, tugas diberitahu kena layan pelanggan saje. Bila dah report duty, lain pulak, kena duduk kat dapur, masak cuci pinggan mangkuk periuk belanga semua. Itu salah dari segi etika!

2) Pastikan tempat kerja tu tak mempergunakan tenaga buruh budak-budak bawah umur sewenang-wenangnya. Ada tempat kerja yang mengambil budak-budak lepasan sekolah ini bekerja dan dibayar tidak setimpal dengan kerja yang dibuat. Jadi, pastikan dulu tempat kerja tu, selamat dan tidak mengamalkan konsep sebegini.

3) Berkaitan dengan gaji. Ini mesti ramai suka. Yelah penat penat kerja, takkan taknak gaji pulak. Tapi bagi saya, gaji tak penting sangat. Sebab mengikut pengalaman, antara kawan-kawan, tempat kerja saya dulu yang membayar gaji paling mahal. Sampai semua orang nak ganti tempat saya. Tapi yang semua tak tahu, bila pergi kerja, tak gembira langsung. Sebab staff lain, mendiskriminasikan kebolehan kita sendiri, dan kadang-kadang benda yang bukan salah kita, kita tetap dipersalahkan, dan berurusan dengan orang yang berpangkat tinggi, melecehkan. Jadi, biarlah kita bekerja tu, ada sense of belonging di tempat kerja sendiri. Barulah semangat pagi pagi nak pergi kerja. Biarlah gaji tak tinggi, asalkan seronok bekerja dan tak rasa dibuli. Jangan pulak dapat gaji nanti, tak sama amaun dengan apa yang dah dijanjikan. Tuntut hak masing-masing.

4) Ini pun penting juga, kenalpasti masa bekerja. Tanya betul-betul dengan Supervisor, kita mula bekerja dari pukul berapa dan habis pukul berapa. Jangan pulak nanti dah bekerja, takde masa rehat langsung, ditambah pulak kena bekerja 12 jam. Itu melampau!

Harap-harap, tips-tips di atas berguna untuk membantu adik-adik untuk mencari kerja masa cuti menganggur ni. Jangan lupa bila dah bekerja, bila dah cukup bulan, calling-calling lah kakak senior di sini. Mee goreng mamak pun cukup lah. Selamat bekerja!


1 ulasan:

Aisyah Rosmin berkata...

HAHAHA :D Tapi gaji tuh memainkan peranan yg penting jugakk kan. Lagi lagi nak memenuhi KEHENDAKK yg TIDAK TERHAD ni. Hehe. Okayy ! Nanti dh cukup bulan, kitee roger akak. Ehhh apa mee goreng mamak je, RESTORAN lain laaa ;D Haha

Catat Ulasan