20100829

Iftar at Belanga Restaurant

Salam Ramadhan semua.

Memandangkan ada salah seorang ahli keluarga kami yang akan berpisah, buat sementara waktu untuk mengikut langkah suami ke Labuan, maka kami cadangkan buat satu iftar bersama-sama, satu keluarga.

Jadi kalau ada pembaca yang kampung nya jauh di Pantai Timur sana. Atau tiba-tiba nafsu mengidam nak makan lompat tikam, atau nasi dagang, ataupun nasi tumpang, memang tempat yang paling sesuai untuk melayan nafsu ialah di Restauran Belanga. Dalam Malaysia, hanya ada dua restauran yang setakat ini dibuka, iaitu di Mid Valley dan terbaru di Empire Shopping Gallery Subang Jaya. Memang puas hati. Lagi lagi bila terbayangkan Pantai Timur tu jauh sangat dari Kuala Lumpur. Jadi berbaloi lah makan di Belanga. Bukan makan dalam belanga yee!

Kalau berhajat nak berbuka di Belanga, pastikan reserved tempat awal awal. Sebab memang penuh. Penuh melimpah ruah pelanggan yang datang! Kalau walk-in, memang tak dapat tempatlah.
Nasi Lemak Ayam.
Sambal terbaik rasanya!

Nasi Kerabu Ayam Percik.
Heaven!
Nasi Kerabu Ayam.
My favourite!
Roti Jala.
Nusantara Ice Blended.
Tidak disyorkan untuk penghidap migrain.
Sebab lepas minum secawan, memang rasa nak pecah kepala kat dinding.
Tengok! Memang penuh melimpah limpah.
Kakak ipar yang akan ke Labuan, tsk!
Itu saja yang mampu ditulis, sebab bila tulis lagi banyak, rasa macam nak pergi Belanga lagi sekali! Dugaan berpuasa. Ish isshh!

5 ulasan:

eik`S noName berkata...

tu la speciallnya pantai timur...macam terengganu..hik3
abid, amacam prestasi Liverpool nie...seri dan kalah je...xde ke menang besar 4 5 kosong ke...sedih3

Tanpa Nama berkata...

kak esah berkata....
hah hari yang paling sronot dpt makan belanga yang sedap sedap pastu sorg satu dpt baju raye yang ctk!abg long kate baju tuh mcm baju datin!tapi akak tak kisah cantik buat akak kan kan kan..hahaha..time kasih sbb turut memeriahkan majlis dan tak lupe juge pada semua adik adik ku yang lain..nnti kite buat reunion lagi ye..

Abid Kamaz berkata...

Esyad,
Liverpool? Hurm, dah lama tak mengikuti perkembangan diaorang. Selagi tak tukar manager, rasa macam panas hati je nak tengok.

Kak Esah,
Tehee, betul betul! Sekarang neh, dah ramai yang nak makan kat Belanga pulak. Laku lah dia punya business lepas neh. Alaa, abang long jelous sebab kak esah nampak macam mak datin le tu! Nanti cari baju untuk dia, biar dia nampak pak dato' plak. Jaga diri kat Labuan!

Aimi Syahirah berkata...

OMG OMG.
suke tayang gamba gamba makanan yang menggiurkan oh kak abid neh ;p

Abid Kamaz berkata...

Aimi,
HYE Sis! Lama gila dah tak nampak kat blog. Hurm, busy dengan trial eh? Good luck yee. Sambil beraya, sambil jilat balang kuih raya kat rumah orang, sambil bukak buku addmath fizik bio semua.

Catat Ulasan