20100820

Wo Hen Mang

Ni hao!

Ceh, ingat tajuk entri tulis Mandarin dah hebat sangat lah? Sekarang, selain dari duduk goyang kaki di rumah, saya ke UiTM malam malam untuk belajar third language. Mandarin. Huish, ingat senang ke nak menyebut semua term dalam Mandarin? Tak percaya?

Bukti.

Tengok, nak sebut ''sangat baik, awak pula?'' pun payah! Sampai hati komputer bagi markah paling corot. Malu nak mengaku, tapi yang waves warna ungu tu menunjukkan cara sebutan salah. Salah sama sekali! Boleh menjatuhkan hukuman mandatori kalau salah intonasi. Isk iskk! Macam mana nak jadi pelajar terbaik kalau tone pun salah. Payah payah!

Walaupun salah intonasi, tapi sekarang dah boleh buat dialog sendiri. Yang mudah mudah saje.

Wo jiao Abidah. Wo shi jiu sui le. Wo hai meiyou gongzuo, wo shi xuesheng. Wo you wu ge xiangdi jiamei. Wo you yi ge gege, san ge jiejie. Wo hai meiyou jiehun. Ni you jiehun he wo?

Sudah. Bulan puasa tak elok merepek banyak. Nanti potong diskaun.

So what is your third language?

4 ulasan:

duniaku berkata...

abid!
lme tak ke sini..
sonok blaja mandarin:)
ni hao ma?hehhe.

cikdoktorfalsafah berkata...

wahaha.
nanti boleh ckp mandarin dgn dia.
yeay :)

sabrina berkata...

ahaha saya faham :D

Abid Kamaz berkata...

Izni,
Lama jugak tak ke sana, blog izni. Seronok seronooookk! Wo hen hao.

Aimi,
Tehee, boleh saje. Tapi awak lagi pro kot. Kite basic je tahu.

Sabrina,
Yeay! Senior saya faham lah.

Catat Ulasan