20091215

Hilang Kawan

Pernah tak rasa hilang seorang kawan?

Kadang aku rasa sunyi walaupun dikelilingi ramai orang. Masa itu jugak, aku rasa menyesal sangat pilih Taylor's College sebagai tempat aku sambung belajar. Padahal dulu aku yang beriya iya nak tolak tawaran UIA. Bila aku tengok ramai orang yang dah jumpa rakan karib dia dekat universiti, aku rasa jelous. Patutkan aku rasa macam tu? Walaupun dekat kolej aku, aku ada ramai kawan, dari yang bangsa Melayu sampailah ke bangsa Cina, tapi nak cari kawan yang betul betul memahami susah. Kadang bila aku ada masalah, aku nak cerita dengan orang, tapi aku fikir dua tiga kali, nanti aku cerita, ada ke diaorang kisah dengan masalah aku?


Dalam hidup ini, sesetengah orang sering kali hilang kawan. Banyak sebab yang menyebabkan seseorang hilang kawan.

Kemungkinan yang pertama, sebab masing masing dah bawa haluan sendiri. Macam dekat universiti, ramai yang dah lupakan kawan sekolah masing masing. Kalau contact balik pun hanya sebab nak buat reunion. Kalau tak jangan harap nak dengar khabar berita. Yelah, duduk asrama, menghadap muka yang sama setiap hari, mana lagi nak kaw cari kawan lain selain dari roomates atau classmates kaw sendiri.

Kemungkinan yang kedua, sebab kaw pernah bercinta dengan kawan baik sendiri. Dulu sebelum kaw mula jalinkan hubungan intim dengan dia, itulah kawan yang paling kaw sayang. Apa apa saje masalah semuanya rujuk dekat dia. Kalau dalam phonebook handphone kaw, kaw siap tulis nama dia sebagai BESTIE FOREVER. Tapi, bila dah lama kenal, rasa lain pula datang. Kaw simpan nama dia dalam phonebook lain pulak, contohnya LOVE ke, BBY ke, haa apa apa jelah yang sesuai. Tapi bila dah takde jodoh, masing masing dah taktau nak berhubung sesama sendiri macam dulu dulu masa berkawan. Sebab rasa pelik dan janggal bila mesej walaupun hanya nak bertanya AWAK APA KHABAR? Kalau nak mesej tu, kena fikir dua tiga kali nak bahasakan diri apa. Dulu masa berpacaran, panggil BABY laah, HONEY laah. Habis, kalau dah putus hubungan, takkan nak panggil BABI pulak? Macam pelik je.

Kemungkinan yang ketiga, sebab kawan tikam kawan sendiri. Paling sadis! Dalam dunia neh, banyak yang kita tak dapat nak jangka. Walaupun kawan perniagaan sendiri pun boleh tipu kawan business sendiri akibat tamakkan dunia. Tak patut kan? Apatah lagi kawan kawan sekolah. Kadang ada yang menggatal dengan pacar kepunyaan kawan baik sendiri. Bila dah jadi macam tu, mulalah kata SOAL HATI TAK BOLEH PAKSA.

Kemungkinan yang keempat, sebab kaw dah jatuh tersungkur. Orang kata, kawan di masa senang, mudah dicari, tapi bila dah tiba masa susah, semua lari. Dunia ini penuh dengan kepuraan puraan. Tak mustahil hari ini kaw berkawan rapat dengan seseorang, esoknya dia dah lari dengan duit duit kaw. Pastu, papa kedanalah kaw. Bila masa masa genting macam nehlah, seorang kawan pun tak datang tolong kaw. Kadang ada yang ambil jalan pintas, pinjam Ah Long.

Kemungkinan yang kelima, sebab kaw dah tak lawa macam dulu dulu. Dulu masa di sekolah, kawlah yang paling cantik, sampaikan Megan Fox kalah. Ramai yang nak kawan dengan kaw sebab bagi diaorang kaw ialah magnet untuk lelaki lelaki hot, hensem dan kaya. Bila kaw dapat berkawan dengan lelaki lelaki begini, terhegeh hegeh lah kawan kawan kaw nak minta kaw perkenalkan sorang dua kat dia, untuk buat calon suami. Tapi bila ditakdirkan sesuatu buruk jadi dekat kaw, asid tumpah ke, terus kawan kawan kaw lari berterabur. Kata kawan sehidup semati. Tapi belum mati lagi, dah hilang. Apa punya kawan.

Kita tak dapat nak lari dari kenyataan yang kita memerlukan kawan untuk hidup. Mereka seperti sebahagian dari keperluan dalam hidup. Jadi seelok eloknya, hargailah kawan baik kaurang. Berkawan biar seribu, tapi sahabat yang memahami kaw jagalah elok elok sebab bukan senang nak dapat dalam dunia penuh dramamama ini.



Fikir banyak kali, kawan atau musuh?
Jangan silap memilih kawan.
Sebab tak mustahil satu hari nanti,
dia akan tikam belakang kaurang.




Jadi seperti spongebob yang selalu menolong kawan dia, walaupun kadang tu macam bodoh bodoh alang sikit dia neh. Tapi dia tak pernah menghampakan aku bila aku tengah sedih. Bila aku tengah gembira, dia mesti buatkan aku satu dua Kraby Patty. Romantis kan dia neh?

AWW AWW, tengok dah malu dah dia.

Awak, kita masih kawan sejati kan? Janji kawan sampai mati? Janji tau!

13 ulasan:

hjjhm berkata...

Ah long bukit beruntung! hahaha ;P

Abid Kamaz berkata...

video bangang tu! boleh buat kaw gelak guling guling dari hujung dorm sampai hujung dorm. HAHAHAAA

♥ ♥ syuha sazali ♥ ♥ berkata...

ouwhh abid..i love u so much n i miss u toooo much..!
aku sikit pown tapenah lupa kaw,,even,,ktew pown daa jarang nk cmmnt2 kat mspce,,even kita jrng jumpa,sms ataw call..tp..aku tetap SAYANG gila babi kat kaw..
*saat waktu form 1; ktew gaduh pasal irfan-bodow sial!
*saat form 3 ; kaw nanges kesian kan aku dipulau semew org (huhuu,,terharuuuu...)
*saat ktew fly hostel; aku tmn kaw berdating ngn syafiq kaw tuh, beli MCD..
*saat aku ckp; kaw akan jadik pengapit aku kalaw aku kawen nanti..
abid,,aku tak lupa tuh semew dowh..kaw laa satu2 nya kawan zaman sekolah yg aku igt smpai sekarang..aku takesaa kalaw aku sndiri yg mengaku kaw BESTIE FOREVER aku,,sbb kaw mmg..
(perrhhh,,jiwang seyhh!)

Nouroul Najieya berkata...

ulasan akk abid buat jiya teringat kat besties jiya kat skola rndh.. sdh sekian 1 tahun(2009) kitorunk x berjumpeee.. nk calling2 pun.. ble perlu.. n prnh laa skali skale.. 1 thn sekali jew kitorunk bersapa.. n alhamdulillah..(2010)dgn kemudahan imternet yg lahir di muka bumi nih, jiya dpt connect blk ngan mmbr2 jiya... n skunk ni.. jiya dh kembali semule di sisi derg.. kami bercdg nk satu tusyen..tp..jiya srg jew yg terbang blaja kat tmpt len.... yg ni mmg sedeyh!(sbb x ley nk study together lg)
:(

Aisyah Rosmin berkata...

HAHA saya budak baek,mane penah hilang kawan :D

Tipuu jea laaah :) Penah jea. Now pon dah lost contact. Kawan tyme kecik kecik dulu. My first friend bila mao lihat dunia. Dia yg ajar sy naek basikal even banyak kali lutut sy berdarah sbb asyik jatuh.Maen masak masak,maen kawen kawen,maen badminton.Woahaa :D Tibe tibe rase rindu sangaaat! I miss her :(

najwa. berkata...

Aku igt syu dah buat post blog dia kat post comment kau HAHAH, sory syue :P

Alay kat taylors takda kawan uitm kan ada, mawar berduri hahahahhaa

mohd hafriz berkata...

awak nie kutuk budak dalam tren ke ape?
kuar spongebob.
-popoye makan apa?
-popoye makan nasi. =,='

Abid Kamaz berkata...

syue,
aku pun sayang gila kat kaw :) sebab kaw lah satu satunya kawan aku yang boleh aku mempermainkan. Hee, irfan tu? cite lama! kaw ingat lagi tak kyang kaw selalu takut dengan teddy bear aku warna pink tu? Abu Talib namanya. Heeee. Pastu pernah satu malam tu kaw melatah gila lawak masa tengah tidur! Bangang gak kaw neh. tapi sebangang bangang kaw, aku tetap kawan yang paling hebat! Ehh tetiba je.

jieya,
baguslah kalau dah contact balik. kadang sedih kalau dah lost contact, tapi takpe, Facebook kan ada. Heee. Laah kesian adik ipar(?!) kite tuisyen lain. takpe, tuisyen lain tempat boleh buat kawan baru :)

chamin,
Ohh habes skrg dah pandai naik basikal? PERGH, kecik kecik main kawen kawen, masak masak, bila besar, ganazzzz siot! Heee. tpai jangan lupa senior yang ajar awak akaun :)

najwa,
syue memang suka mencapub kat tempat org. HAHAHAAA. bukan mawar berduri, anggerik yang kucari!

hafriz,
jangan kutuk bf baru kite tu!
lagi satu,
-awak pernah makan Krabby Patty?
-Pernah!(macam wujud je!)

Tanpa Nama berkata...

kraby paty 2 wujud la.
ada jual kat subway.
x kan jual kat maju ahmad kot.
nanti saya balanja awak.
wah!

sabrina berkata...

ya ampun abid ! I like this,seriously ! >_< I guess almost everyone pon ada this kind of experience ;)

Abid Kamaz berkata...

hafriz,
okaay, tuntut! subway kl sentral dekat depan RHB :)

sabrina,
yaa, i hate goodbye. you too right?

Tanpa Nama berkata...

esok amik

Tanpa Nama berkata...

saya ada sorg kawan baik..lelaki mcm sy..
hbs skolah dia xapprove sy dlm facebook..dah lm sy tgu..xtau sb..dulu rapat sgt..xfaham..dulu rapat sgt..pesan sy, kalau sapa2 cm sy, jgn mengharap lg..kawan datang dan pergi. teman yg plg baik adalah keluarga. suatu hari kawan akn meninggalkan kita jg, atau sblknya. luahan dr hatiku.

Catat Ulasan