20110219

Menghargai Kawan

Rasanya memang dah habit kot setiap bulan satu entri sahaja.

Moving on.

Selama 4 bulan dah belajar di Taylor's University ni, dah banyak aktiviti yang kawan-kawan saya rancangkan. BBQ lah, pergi naik Broga Hills lah, pergi kenduri kesyukuran salah seorang kawan kami dan macam-macam lagi. Tapi tak banyak yang saya boleh ikut sebab rumah jauh sangat.

Jadi, Isnin yang lepas diaorang bercadang nak pergi main badminton. Yelah, selama ni plan pasal makan je. Sekarang, plan kena pecahkan balik semua lemak tu. Kita bersukan! Lepas tu yang budak-budak ni dah perli perli, sebab selalunya tak join diaorang pergi mana-mana. Kali ni, bila dah join aktiviti diaorang, semua dah rasa macam, Whoa Abid pergi main badminton lah! 8 wonders in the world!


Fine, diam lah kaurang!


Afiq dan Nadrah.


Muka bersedia untuk sakit-sakit badan 3 hari lepas main.

Bajet pro habis.


Semua muka semangat nak main 2 jam.


Yelah, sebab saya bukan artis. Takde siapa snap gambar saya tengah main. Terpaksa snap gambar kawan-kawan sendiri sebagai bukti memang kiteorang belasah sungguh sungguh.


Ni memang dah habis penat tapi gigih jugak nak senyum.


Zaquan apahal buat muka terkejut?






Dah 2 jam main, mesti lah nak top up lemak-lemak balik. Jadi, kita ke Restrees di Sunway Mentari. Bukan Restress okay. Itu nak menambahkan stress balik. Ni nak menambahkan lemak balik. Faham?
Haaa amek kaw! Memang tak berkesan langsung main 2 jam. Hahahaa.

But after all, we had fun. Begitulah cara saya menghargai kawan-kawan di universiti. Walaupun selalu tak ada masa nak join aktiviti-aktiviti lain, tapi bila dah join sekali, memang best.

2 ulasan:

dLa Suri berkata...

weh abid, rindu!

hakimansor berkata...

hahahha baru keluar peluh dah menternak lemak balik :p
tp serious muka ko n ur frden kelakar!
photogedik :)

Catat Ulasan